05:32

Kadar Perkiraan 'Heat Range' Palam Pencucuh

Dalam menentukan kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh, setiap pengeluar enjin biasanya akan menentukan jenis palam pencucuh yang dianggap paling sesuai dengan aplikasi enjin mereka.

Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh biasanya boleh dikenalpasti melalui kod-kod yang tertera pada bahagian tepi insulator atau penebat pada sesuatu palam pencucuh tersebut. 



Kebiasaannya, kod nombor yang semakin besar menunjukkan kadar perkiraan 'heat range' semakin tinggi. Bermaksud, jika semakin besar nombor-nombor kod tersebut, maka semakin tinggi suhu operasi palam pencucuh tersebut. 

Tetapi, hal ini tidak juga selalu berlaku. Ada sesetengah pengeluar menggunakan spesifikasi yang sebaliknya. Iaitu, semakin besar kod nombornya, kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh itu semakin rendah suhu operasinya. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti pengeluar palam pencucuh jenama Nippon Denso dan juga NGK.


Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh adalah amat penting dan perlu dititikberatkan, kerana ianya dapat memastikan setiap proses pembakaran yang berlaku adalah lebih sempurna berdasarkan kiraan tekanan dalaman enjin atau 'compression'.

Comments (0)

Post a Comment

Repost.Us