04:24

Palam Pencucuh

Palam pencucuh merupakan bahan utama di dalam sistem pembakaran atau lebih dikenali dengan 'combustion'. Palam pencucuh ataupun 'plug' secara asasnya terbahagi kepada 3 jenis yang berbeza, iaitu, 'panas', 'sejuk' dan 'normal'.


Palam pencucuh jenis 'panas' akan bertindak secara perlahan-lahan mengalirkan haba dari bahagian 'tip' yang menghasilkan suhu yang lebih tinggi. Dalam waktu yang sama, palam pencucuh jenis 'panas' ini akan membakar lebihan bahan bakar yang menjadikan ianya satu proses pembersihan sendiri.




Berbeza dengan palam pencucuh jenis 'panas', palam pencucuh dari jenis 'sejuk' pula mempunyai 'tip' yang lebih pendek bagi memudahkan ia berfungsi dengan lebih baik pada kadar suhu yang lebih rendah. 'Tip' palam pencucuh jenis 'sejuk' dibina dengan lebih pendek bagi memudahkan ianya dapat mengalirkan haba dengan lebih cepat yang akan menghasilkan kadar suhu yang rendah. Kebiasaannya, palam pencucuh jenis 'sejuk' ini sesuai dan banyak digunakan pada kenderaan enjin yang beroperasi dalam kelajuan tinggi. Ini kerana, 'tip' bersuhu rendah ini dapat menghindarkan berlakunya 'overheating' serta 'pre-ignition' dari berlaku ke atas enjin tersebut. 


Bagi corak operasi enjin yang bercampur dari kelajuan rendah berserta dengan kelajuan tinggi, palam pencucuh jenis 'normal' adalah yang paling sesuai digunakan. Ini kerana, palam pencucuh jenis 'normal' adalah 'standard' untuk semua kegunaan kenderaan biasa. 

Dengan itu, bagi kedua-dua palam pencucuh dari jenis 'panas' dan 'sejuk' boleh dikatakan lebih sesuai untuk pemanduan pada tahap berkelajuan tinggi dan corak pemanduan yang lebih khusus.

Comments (0)

Post a Comment

Repost.Us