06:35 0 comments

Sistem Penyejukkan Enjin

Bertemu lg kita kali ini...dengan artikel tentang sistem penyejukkan enjin. Apa yang anda tahu mengenai sistem penyejukkan enjin?? Ya..bagi kaum Adam..pasti mereka tahu apa itu sistem penyejukkan enjin..tapi..adakah mereka benar2 tahu bagaimanakah sistem ini berfungsi? Dan apakah kepentingan sistem penyejukkan enjin ini? Bagaimana ingin menjaga atau menyelenggara sistem penyejukkan enjin ini?? Haa...jadi..disini sy mencoretkan serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..bukanla hebat sgt ilmu nie...sekadar tahu atas dasar membaca dan bertanya...(tolong betulkan jika ada kesilapan)..

Sistem penyejukkan enjin ini, kalau kita lihat, terdapat di semua jenis kenderaan termasukla kenderaan udara, air mahupun darat. Dengan itu...sistem penyejukkan enjin ini adalah amat penting bagi memastikan enjin kenderaan kita dapat bertindak dan berfungsi pada tahap prestasi yang maksimum. 

Penggunaan dan fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah untuk memastikan enjin kenderaan akan sentiasa beroperasi dengan cekap dan baik apabila berada pada kadar tahap suhu tinggi yang setara. Ia juga mengelakkan enjin kenderaan tidak akan mudah menjadi terlalu panas dan boleh merosakkan enjin kenderaan anda. Sistem penyejukkan enjin ini bertindak dengan melepaskan haba yang dihasilkan ke udara. Senang kata, fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah bagi mengawal tahap kepanasan enjin kenderaan anda. Memanaskan enjin dalam waktu yang singkat dan mengawal suhu tersebut supaya kekal dengan setara...mudahkan?? Tentu anda dah faham sekarang serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..

Okla...sekarang kita lihat pula bagaimana asas sistem penyejukkan enjin nie..Sebenarnya, bahan bakar seperti petrol akan terus tebakar secara tetap di dalam enjin kenderaan kita dan menyalurkan haba yang dihasilkan melalui lubang ekzos. Tetapi adakah anda tahu..bahawa terdapat sedikit peratusan dari haba tersebut akan terus meresap ke dalam enjin dan meningkatkan suhunya??

Menurut kajian teori, enjin yang baik akan terus berada pada tahap suhu kekal 93 darjah celcius atau 200 darjah fahrenheit. Diwaktu ini, pengurangan pancaran akan berlaku dimana, kebuk pembakaran adalah cukup panas untuk mengewap bahan bakar yang disebabkan oleh pembakaran berlaku dengan lebih baik. Enjin kenderaan juga mampu bergerak dengan lebih baik disebabkan oleh minyak pelincir menjadi lebih cair sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga untuk menggerakkan komponen2 enjin tadi dan akan mengurangkan berlakunya 'kehausan' terhadap komponen2 tersebut dengan cepat..



Sistem penyejukkan enjin juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, sistem penyejukkan cecair dan juga sistem penyejukkan udara atau lebih dikenali dengan air-cooled. Kebiasaannya, sistem penyejukkan enjin jenis cecair terdapat pada kebanyakan kenderaan sekarang. Dimana, sistem penyejukkan enjin jenis ini menggunakan teknik membawa cecair yang terdapat di dalam radiator, yang kemudian disalurkan melalui 'waterpump' ke dalam sistem paip enjin dan melalui bahagian2 enjin, lalu menyerapkan haba tersebut dan menyejukkannya.

Ini berlaku secara kitaran. 'Waterpump' akan menghantar cecair yang terdapat di dalam radiator ke 'cylinder head' melalui sistem paip yang terdapat di dalam enjin. Cecair2 tersebut pula akan melalui termostat (pengawal suhu) dan menghantarkannya kembali ke radiator apabila termostat td berada dalam keadaan terbuka. Haba2 yang dibawa kembali ke radiator, akan dihembus oleh angin melalui gegelung2 yang terdapat pada radiator yang lebih dikenali dengan sistem 'heat-exchanger'. Dengan ini, suhu enjin akan sentiasa dapat dikawal.



Berbanding dengan sistem penyejukkan cecair, sistem penyejukkan enjin yang menggunakan kaedah penyemburan angin lebih tertumpu kepada kenderaan jenis2 lama atau 'oldschool' atau nak lebih mudah lagi, sistem penyejukkan enjin yang terdapat pada motosikal berkuasa rendah. Dimana, sistem ini dilengkapi dengan sesirip2 yang terdapat di luar blok enjin. Kebiasaannya, sesirip2 tersebut terdiri dari bahan aluminium bagi memudahkan menyedut keluar haba yang terhasil apabila penghasilan tiupan angin yang kuat..


Dengan itu, sistem penyejukkan enjin ini amat penting bagi sesebuah kenderaan untuk memastikan tahap kepanasan enjin kenderaan akan sentiasa berada ditahap suhu yang sepatutnya dan dapat dikawal. Supaya, enjin kenderaan kita akan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Samada anda percaya atau tidak, menurut kajian sains yang pernah saya baca, sistem penyejukkan enjin kenderaan boleh mengurangkan haba yang terhasil oleh 2 buah rumah bersaiz sederhana!! Wow..!! Hebat sistem penyejukkan enjin nie...sapa la nyer idea buat mende nie...bagus betol la...
05:32 0 comments

Kadar Perkiraan 'Heat Range' Palam Pencucuh

Dalam menentukan kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh, setiap pengeluar enjin biasanya akan menentukan jenis palam pencucuh yang dianggap paling sesuai dengan aplikasi enjin mereka.

Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh biasanya boleh dikenalpasti melalui kod-kod yang tertera pada bahagian tepi insulator atau penebat pada sesuatu palam pencucuh tersebut. 



Kebiasaannya, kod nombor yang semakin besar menunjukkan kadar perkiraan 'heat range' semakin tinggi. Bermaksud, jika semakin besar nombor-nombor kod tersebut, maka semakin tinggi suhu operasi palam pencucuh tersebut. 

Tetapi, hal ini tidak juga selalu berlaku. Ada sesetengah pengeluar menggunakan spesifikasi yang sebaliknya. Iaitu, semakin besar kod nombornya, kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh itu semakin rendah suhu operasinya. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti pengeluar palam pencucuh jenama Nippon Denso dan juga NGK.


Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh adalah amat penting dan perlu dititikberatkan, kerana ianya dapat memastikan setiap proses pembakaran yang berlaku adalah lebih sempurna berdasarkan kiraan tekanan dalaman enjin atau 'compression'.
05:06 0 comments

Exploitasi wanita

Agak mengelirukan tajuk kali ini. Exploitasi wanita. Errmmm..pasti ramai yang kehairanan. Apa yang ingin disampaikan disini adalah penggunaan wanita-wanita seksi sebagai pengiklan atau penarik di dalam sesuatu perniagaan atau pengiklanan. Jika dilihat sekarang memang ramai pengusaha-pengusaha atau peniaga-peniaga suka menggunakan wanita sebagai bahan utama untuk menarik pelanggan bagi memajukan perniagaan mereka.


Sebagai contoh, saya ada terbaca sebuah artikel mengenai penggunaan wanita berpakaian seksi sebagai penarik pelanggan oleh salah sebuah pengusaha kedai cuci kereta di Kuala Lumpur. Perkara ini telah menjadi trend bagi pengusaha-pengusaha tersebut di sekitar ibu kota dan ia mengundang kepada perkara-perkara yang tidak sihat kepada masyarakat. Namun begitu, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk membendung gejala kurang sihat ini. 




Atau pihak-pihak tersebut juga memang telah 'disuap' oleh pengusaha-pengusaha tersebut. Atau mereka juga memang berkongsi 'saham' dengan tokey-tokey kedai itu. 


Ramai wanita yang tidak sedar tentang perkara ini. Atau sememangnya mereka memang gemar terus diekploitasi. Jika perkara-perkara ini dipandang rendah oleh wanita, maka, mereka akan terus menjadi mangsa ekploitasi, sedangkan mereka sebenarnya perlu mempertahankan sifat-sifat dan maruah mereka sebagai wanita. Sikap manusia yang kurang perihatin inilah yang menjadikan ekploitasi wanita ini akan terus berleluasa dan berpanjangan.
04:24 0 comments

Palam Pencucuh

Palam pencucuh merupakan bahan utama di dalam sistem pembakaran atau lebih dikenali dengan 'combustion'. Palam pencucuh ataupun 'plug' secara asasnya terbahagi kepada 3 jenis yang berbeza, iaitu, 'panas', 'sejuk' dan 'normal'.


Palam pencucuh jenis 'panas' akan bertindak secara perlahan-lahan mengalirkan haba dari bahagian 'tip' yang menghasilkan suhu yang lebih tinggi. Dalam waktu yang sama, palam pencucuh jenis 'panas' ini akan membakar lebihan bahan bakar yang menjadikan ianya satu proses pembersihan sendiri.




Berbeza dengan palam pencucuh jenis 'panas', palam pencucuh dari jenis 'sejuk' pula mempunyai 'tip' yang lebih pendek bagi memudahkan ia berfungsi dengan lebih baik pada kadar suhu yang lebih rendah. 'Tip' palam pencucuh jenis 'sejuk' dibina dengan lebih pendek bagi memudahkan ianya dapat mengalirkan haba dengan lebih cepat yang akan menghasilkan kadar suhu yang rendah. Kebiasaannya, palam pencucuh jenis 'sejuk' ini sesuai dan banyak digunakan pada kenderaan enjin yang beroperasi dalam kelajuan tinggi. Ini kerana, 'tip' bersuhu rendah ini dapat menghindarkan berlakunya 'overheating' serta 'pre-ignition' dari berlaku ke atas enjin tersebut. 


Bagi corak operasi enjin yang bercampur dari kelajuan rendah berserta dengan kelajuan tinggi, palam pencucuh jenis 'normal' adalah yang paling sesuai digunakan. Ini kerana, palam pencucuh jenis 'normal' adalah 'standard' untuk semua kegunaan kenderaan biasa. 

Dengan itu, bagi kedua-dua palam pencucuh dari jenis 'panas' dan 'sejuk' boleh dikatakan lebih sesuai untuk pemanduan pada tahap berkelajuan tinggi dan corak pemanduan yang lebih khusus.
19:37 0 comments

Nota editor


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta sahabat-sahabat baginda.


Dengan ini, saya memperkenalkan blog yang akan membicarakan hal-hal tentang kenderaan, terutama sekali berkenaan kereta. Tak kira apa jenis kereta yang dimiliki samada ia merupakan kereta 'standard' mahupun kereta 'modified'. Coretan yang akan disiarkan bersumberkan pengalaman dan pengetahuan ataupun dari bahan bacaan. 

Memang dari dulu lagi saya teringin hendak mencoretkan sebuah blog menceritakan perihal kereta. Tapi apakan daya...ilmu tidak mencukupi pada waktu tersebut.

Dengan itu, disini, saya akan cuba mengumpulkan seberapa banyak yang boleh kisah-kisah dan hal-hal kenderaan anda. Sekiranya, anda mempunyai kereta yang 'menarik' dan berminat untuk saya siarkan di blog ini, sudi sudikanlah anda menghubungi saya di faiziblogger@gmail.com , atau anda juga boleh meninggalkan komen anda diblog saya dengan meletakkan alamat email anda.

Akhir kata, segala apa jua coretan yang dipaparkan disini berkemungkinan mempunyai kesilapan yang datang dari diri saya sendiri. Dengan itu, diharapkan anda semua dapat memaafkan segala kesilapan yang bakal muncul dan memperbetulkan kesilapan saya.

Wassalam..

Repost.Us